Tuntutan terhadap pendidikan terus meningkat selepas itu dan selepas 12 tahun, pembinaan sebuah bangunan tambahan separuh kekal telah dimulakan yang mengandungi 4 buah bilik darjah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya pada 1 Januari 1966 sekolah ini ditukar nama kepada SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LAKSANA dan ianya kekal sehingga kini.
Kepesatan pembangunan setempat dan pertambahan penduduk menjadikan keperluan menyediakan bilik darjah terus meningkat. Hakikat ini perlu ditangani untuk menambahkan bilangan bilik darjah yang sedia ada dan keperluan lain sesuai dengan keperluan pendidikan masa depan. Oleh itu pada 4 Januari 1976 sebuah bangunan kekal dan sebuah kantin telah dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggantikan bangunan bangunan gotong royong yang telah usang. Pembinaan bangunan baru ini adalah di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Tuan Haji Marzuki bin Haji Mohd Amin seluas 3E. 2R . 32P. Bangunan ini mempunyai 10 bilik darjah, 1 bilik pejabat, 1 bilik guru, tandas dan stor. Keseluruhan pembinaan sekolah ini menelan belanja sebanyak RM 376,000.00 dan ia mula digunakan pada 23 September 1976. Melalui tanah wakaf baru ini mejadikan keluasan sekolah bertambah menjadi 4E. 2R. 31P atau lebih kurang 1.83 hektar.
Menyedari keperluan akativiti riadah dan kokurikulum adalah penting untuk membentuk generasi yang sihat dari segi mental dan fizikal maka pada 1 September 1976 sebuah gelanggang badminton dan sepak takraw yang bernilai RM 2,500.00 telah dibina. Pembiayaan gelanggan ini adalah sumbangan Yang Berhormat Datin Hajjah Fatimah binti Abd Majid, Ahli Parlimen Semerah. Seterusnya pada 1 Disember 1976 sebuah bangunan Tempat Solat bagi keperluan murid dan kakitangan sekolah telah didirikan secara bergotong royong melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) ketika itu.
Sekolah Kebangsaan Seri Laksana mula menerima bekalan elektrik sementara melalui sumbangan sebanyak RM 1,000.00 dari Yang Berhormat Dato' Haji Redzuan bin Haji Salim ( kini bergelar Tan Sri ) ADUN Peserai. Kemudian pada 21 April 1982 pemasangan bekalan elektrik disemua bangunan bernilai RM 23,000.00 telah diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada 26 September 1983 sekolah ini mencatatkan sejarah lagi apabila Yang Amat Berhormat (YAB) En. Abd Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor telah sudi melaksanakan perasmikan bangunan sekolah. Seterusnya sumbangan tambahan diterima dari Yang Berhormat Puan Hajjah Sharifah Dora binti Syed Mohamad, Ahli Parlimen Parit Sulong untuk membangunkan sebuah bangunan Pusat Sumber yang berukuran 7 m x 18 m. Sejarah juga telah dicatatkan apabila ia menerima kunjungan Kerabat Di Raja Johor. Kunjungai ini dilakukan oleh Yang Mulia Tengku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor yang diiringi oleh adindanya Yang Mulia Raja Zarith Sofia Ibni Almarhum Sultan Idris.
Pada 1 Mei 1988 tempat solat yang sedia dan uzur telah dibina dengan yang baru. Bangunan ini telah disumbangkan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Haji Muhyidin bin Haji Mohd Yasin, Menteri Besar Johor. Aturcara rasmi sekolah sering dilakukan tahun demi tahun, keperluan tempat yang sesuai selalu menjadi bualan dan perbahasan. Keluhan ini telah didengar oleh Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dan menerima maklum balas positif daripada Unit Pembangunan, Jabatan Pendidikan Johor. Masalah ini telah dapat diselesaikan pada 1 Jun 1991 apabila bangunan kantin yang sedia ada diubahsuai bagi menempatkan astaka yang berukuran 10 m x 15 m. Pembinaan ini menelan belanja sebanyak RM 15,000.00.
Hari bertukar minggu, minggu bertukar menjadi bulan dan bulan bertukar menjadi tahun. Pertambahan murid terus meningkat. Keperluan tempat belajar semakin terhad. Oleh itu pada 24 Jun 1994 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambahkan sebuah bangunan dua tingkat yang mempunyai 6 buah bilik darjah, sebuah Bilik Pemulihan, Bilik Kemahiran Hidup, dua buah stor serta tandas guru dan murid. Sesi Persekolahan yang dibuka pada 17 Januari 2000, telah mencatat satu lagi sejarah apabila bilangan bilik darjah yang dibuka dari tahun 1 hingga 6 bertambah dari 13 buah kepada 17 buah. Ini adalah untuk menempatkan murid seramai 573 dan guru seramai 29 orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan