04 Ogos 2010

Tahniah Diucapkan Kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

1. Farah Syahdah Bte Melan
2. Siti Fazilah Bte Baharan
3. Rozita Bte Kamari
4. Wan Hassan Bin Wan Ahmad
5.Mohd Iqbal Zaki Bin Yusuf


28 Julai 2010

Sejarah Sekolah SK Seri Laksana

Penubuhan sekolah ini bermula dengan pembinaan sebuah bangunan kayu yang mengandungi 6 buah bilik darjah dengan bantuan RIDA sebanyak RM 4,200.00 dan sumbangan pendudukan kampung sebanyak RM 500.00 di atas sebidang tanah seluas 2 ekar yang diwakafkan oleh Penghulu Kiai Haji Mohd Salleh bin Abd Karim ( Penghulu Salleh ). Pembinaan sekolah ini banyak menimbulkan kontroversi di antara penduduk setempat. Penduduk Kampung Parit Mohamad berhajatkan sekolah ini dibangunkan di kampungnya. Tapak sekolah disediakan, hanya persetujuan yang dinantikan. Manakala Penghulu Mukim itu iaitu Tuan Haji Mohd Salleh bin Abd Karim yang dikenali sebagai Kiai Salleh atau Penglima Salleh yang menetap di Parit Maimon berkehendakkan sekolah didirikan di tanah yang diwakafkannya di kampung itu. Malangnya penduduk Parit Maimon kurang memberi sokongan kepada Haji Salleh gara-gara perbezaan politik. Berbanding dengan penduduk-penduduk Parit Mohamad yang menjadi penyokong kuatnya. Apabila keadaan menjadi tegang, Penghulu Salleh menjadi serba salah. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mendirikan sekolah ini di Kampung Parit Maimon dengan syarat ia mesti disiapkan dalam tempoh 40 hari. Sebaliknya jika gagal ia dipindahkan ke Parit Mohamad. Berkat kerjasama dan ketekunan orang ramai akhirnya sebuah bangunan berukuran 30 kaki x 120 kaki siap dibangunkan dalam masa yang ditetapkan. Semua pihak gembira sekolah yang menjadi kontrovesi sudah terlaksana dan akhirnya mengabadikan nama " LAKSANA " untuk sekolah ini. Ada rancangan untuk menamakan sekolah ini dengan nama "SERI PENGLIMA" sempena nama pengasasnya iaitu Penglima Salleh. Tetapi nama tersebut telah terlebih dahulu diberi kepada sebuah Sekolah Cawangan Sungai Nipah. Maka dengan sendirinya cadangan itu gugur dan kekallah nama SERI LAKSANA. Perasmian bangunan sekolah rakyat telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat ketika itu iaitu Encik Abdullah bin Sulaiman.
Tuntutan terhadap pendidikan terus meningkat selepas itu dan selepas 12 tahun, pembinaan sebuah bangunan tambahan separuh kekal telah dimulakan yang mengandungi 4 buah bilik darjah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya pada 1 Januari 1966 sekolah ini ditukar nama kepada SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LAKSANA dan ianya kekal sehingga kini.
Kepesatan pembangunan setempat dan pertambahan penduduk menjadikan keperluan menyediakan bilik darjah terus meningkat. Hakikat ini perlu ditangani untuk menambahkan bilangan bilik darjah yang sedia ada dan keperluan lain sesuai dengan keperluan pendidikan masa depan. Oleh itu pada 4 Januari 1976 sebuah bangunan kekal dan sebuah kantin telah dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggantikan bangunan bangunan gotong royong yang telah usang. Pembinaan bangunan baru ini adalah di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Tuan Haji Marzuki bin Haji Mohd Amin seluas 3E. 2R . 32P. Bangunan ini mempunyai 10 bilik darjah, 1 bilik pejabat, 1 bilik guru, tandas dan stor. Keseluruhan pembinaan sekolah ini menelan belanja sebanyak RM 376,000.00 dan ia mula digunakan pada 23 September 1976. Melalui tanah wakaf baru ini mejadikan keluasan sekolah bertambah menjadi 4E. 2R. 31P atau lebih kurang 1.83 hektar.
Menyedari keperluan akativiti riadah dan kokurikulum adalah penting untuk membentuk generasi yang sihat dari segi mental dan fizikal maka pada 1 September 1976 sebuah gelanggang badminton dan sepak takraw yang bernilai RM 2,500.00 telah dibina. Pembiayaan gelanggan ini adalah sumbangan Yang Berhormat Datin Hajjah Fatimah binti Abd Majid, Ahli Parlimen Semerah. Seterusnya pada 1 Disember 1976 sebuah bangunan Tempat Solat bagi keperluan murid dan kakitangan sekolah telah didirikan secara bergotong royong melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) ketika itu.
Sekolah Kebangsaan Seri Laksana mula menerima bekalan elektrik sementara melalui sumbangan sebanyak RM 1,000.00 dari Yang Berhormat Dato' Haji Redzuan bin Haji Salim ( kini bergelar Tan Sri ) ADUN Peserai. Kemudian pada 21 April 1982 pemasangan bekalan elektrik disemua bangunan bernilai RM 23,000.00 telah diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada 26 September 1983 sekolah ini mencatatkan sejarah lagi apabila Yang Amat Berhormat (YAB) En. Abd Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor telah sudi melaksanakan perasmikan bangunan sekolah. Seterusnya sumbangan tambahan diterima dari Yang Berhormat Puan Hajjah Sharifah Dora binti Syed Mohamad, Ahli Parlimen Parit Sulong untuk membangunkan sebuah bangunan Pusat Sumber yang berukuran 7 m x 18 m. Sejarah juga telah dicatatkan apabila ia menerima kunjungan Kerabat Di Raja Johor. Kunjungai ini dilakukan oleh Yang Mulia Tengku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor yang diiringi oleh adindanya Yang Mulia Raja Zarith Sofia Ibni Almarhum Sultan Idris.
Pada 1 Mei 1988 tempat solat yang sedia dan uzur telah dibina dengan yang baru. Bangunan ini telah disumbangkan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Haji Muhyidin bin Haji Mohd Yasin, Menteri Besar Johor. Aturcara rasmi sekolah sering dilakukan tahun demi tahun, keperluan tempat yang sesuai selalu menjadi bualan dan perbahasan. Keluhan ini telah didengar oleh Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dan menerima maklum balas positif daripada Unit Pembangunan, Jabatan Pendidikan Johor. Masalah ini telah dapat diselesaikan pada 1 Jun 1991 apabila bangunan kantin yang sedia ada diubahsuai bagi menempatkan astaka yang berukuran 10 m x 15 m. Pembinaan ini menelan belanja sebanyak RM 15,000.00.
Hari bertukar minggu, minggu bertukar menjadi bulan dan bulan bertukar menjadi tahun. Pertambahan murid terus meningkat. Keperluan tempat belajar semakin terhad. Oleh itu pada 24 Jun 1994 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambahkan sebuah bangunan dua tingkat yang mempunyai 6 buah bilik darjah, sebuah Bilik Pemulihan, Bilik Kemahiran Hidup, dua buah stor serta tandas guru dan murid. Sesi Persekolahan yang dibuka pada 17 Januari 2000, telah mencatat satu lagi sejarah apabila bilangan bilik darjah yang dibuka dari tahun 1 hingga 6 bertambah dari 13 buah kepada 17 buah. Ini adalah untuk menempatkan murid seramai 573 dan guru seramai 29 orang.

Hanya Tinggal 55 Hari Lagi UPSR adakah sudah bersedia.

Adakah sudah bersedia pelajar-pelajar tahun 6, semoga berjaya didunia dan diakhirat.

27 Julai 2010

Ihtifal J-QAF Zon Semerah

Tarikh : 22 Julai 2010
Tempat : SK Seri Laksana
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam Zon Semerah

Keputusan pertandingan :

1.Dikir barat
Johan : Sk Seri Utama
Naib Johan : Sk Seri Laksana

2.Kalam Jamaie
Johan : Sk Peserai
Naib Johan : Sk Seri Laksana

3.Tilawah Al-Quran
Johan : Sk Bagan
Naib Johan : Sk Sungai Kajang
Ketiga : Sk Seri Laksana

Terima Kasih diucapkan kepada guru-guru dan peserta yang mengambil bahagian.

Disertakan serangkap pantun..

ada ubi ada batas,
ada hari boleh balas.

Peserta Dikir Barat Sk Seri Laksana
1000 harapan
Peserta Dikir Barat SK Seri Utama


Blog terbaru SKSL sudah ada!

Alhamdullilah....syukur kehadrat illahi